Bahagia atau tidak hidup seseorang itu bukan ditentukan oleh kecantikan, kecerdikan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan, tetapi bergantung bagaimana kita menggunakan kelebihan yang kita ada untuk berkongsi nikmatnya bersama-sama orang lain.
Contohnya, kalau kita seorang yang cerdik dalam pelajaran, berkongsilah kecerdikan kita itu untuk mengajar rakan-rakan kita, supaya mereka juga faham apa-apa yang kita pelajari. Jangan berasa rugi dan bimbang jika rakan-rakan kita juga menjadi cerdik sama seperti kita, sebaliknya berbahagialah kerana dengan kebaikan dan sifat murah hati kita, Allah izinkan mereka juga berjaya seperti kita.
Prof.Dr.Muhaya
No comments:
Post a Comment