Friday, 22 September 2017

PETUA ISTIHADAH



Ni kakak nak story pengalaman kakak kena istihadah, Tau kan apa istihadah .... orang kampung kata datang bulan tak tos.  Sejarah kakak kena istihadah ni dah lama, dah banyak kali masuk spital, masuk darahlah, ada fibrodlah. Ok lah sekejap .... lepas tu jadi balik. Sapa yang pernah kena istihadah ni taulah camana kelam kabutnya hidup. Macamana nak kira tarikh sembahyanglah nak kira hari bersihlah. Tu belum cerita nak beli pad lagi, kira memang beli bundlelah.

Dalam 2 tahun lepas istihadah yanh terakhir tu, hidup kakak ceria sikitlah sebab period dah back to normal. Tapi alahai awal tahun ni jadi balik. Macam makin teruk pulak. Pergi hospital ingat nak ambil ubat je, last last kena warded. Dah cuci rahim semua, ingat dah oklah tapi nan hado, ada lagi.

Sebelum ni pun dah macam macam petua yang kakak cuba tapi tak de yang menjadi. Agaknya Allah dah nak bagi ubat, ada sekali tu kakak berborak borak dengan satu makcik (makcik Midah), tak kenal pun cuma sebab duduk sebelah tunggu giliran.  Sebab makcik tu macam sebaya mak kakak, jadi kakak saja tanya manalah tau kut dia ada petua yang kakak boleh cuba.  Walla ...... tiba tiba dia cakap minum air akar kayu 'naga berkubang'. WHAT!!! NAGA BERKUBANG. Nama apa tu, seumur hidup kakak tak pernah minum air akar kayu apa lagi dengar nama naga berkubang. Termenung kakak wehhhh.  Makcik tu kata dulu masa dia muda muda 2 kali dia kena istihadah, jadi dia pun minumlah air akar kayu tu. Alhamdulillah memang menjadi untuk dia, lepas sebulan sembuh.

Bila dia tengok kakak termenung, dia pun kata sekarang memang susah nak cari akar kayu tu. Dia nak tolong pun tak tau macamana.  Tapi tak pe katanya, cuba minum air rebusan akar pisang emas. Haaaa ni macam senang sikit. Pokok pisang emas macam banyak je kan. 

Jadi kakak pun startlah telepon kengkawan yang duk kampung kut kut dia orang ada tanam pokok pisang emas. tapi cissss masa kita cari ni lah tak ada. Bila tak cari kompom depan mata. Akhirnya kakak teringat dulu ada satu abang ni rajin bawa pisang ke ofis. Akak pun teleponlah dia. Alhamdulillah Ya Allah, abang ni memang ada. Kakak pun pergi rumah dia and ambil. Dia bagi sekali empat kau. Baru kakak tau rupanya akar pisang ni macam keladi.

Jadi balik rumah kakak pun buatlah yang macam makcik Midah ajar.  Makcik Midah ada bagi akar kayu biasa sebelum ni. Jadi akar kayu tu kakak campur dengan hirisan akar pisang emas tadi. Rebus air tu cukup cukup untuk sekali minum je, tak boleh rebus banyak banyak and simpan. Bila nak minum je baru rebus.  Kakak minum 2 kali sehari.

Alhamdulillah dah 2 minggu ni kakak rasa memang ada perubahan, period pun makin sikit. Badan pun dah rasa sihat sikit. Kalau tak sebelum ni asyik penat je.  Insyaallah tak lama lagi back to normal.  Doakan kakak ye.

Kalau ada yang nak tanya petua ni lebih lanjut boleh je mesej kakak 0123574182. Manalah asbab kakak cerita ni you all pun boleh cuba, manalah tau serasi.

Saturday, 2 September 2017

*Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran*

Image result for jiran

Assalamualaikum

*Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran*

كَم مِن جَارٍ مُتَعَلِّقٍ بِجَارِهِ يَومَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ: يَارَبِّ هَذَاأَغْلِقُ بَابَهُ دُونِي فَمَنَعَ مَعْرُوفَهُ
Berapa ramai orang di hari kiamat (nasibnya) bergantung pada tetangganya yang lain, (tetangganya itu) berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku” (HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status : Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.

Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.
2. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Antaranya menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.
3. Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.
Jangan biarkan jiran kita tanpa disantuni dan bersendiri.

HOHOHO ...... BALIK KAMPUNG

Image may contain: food and outdoor

macam ni lah kalau balik kampung
back to basic
masak bertungku kain batik
masak lomak cili api piooor punyo


Image may contain: one or more people, house, tree, plant, outdoor and nature

sedeyyynyer dah nak balik...
bakar2 dulu sebelum balik
insyallah kita balik lg nak kemas lg
rumah dah kosong ..... sayu nya rasa

ECZEMA

Image may contain: 6 people

Rata rata baby memang senang terkena eczema. Dan kita tau kulit baby so sensitif. Tapi apa yang customer saya buat ialah mereka mandikan baby dengan #SabunAjaib ni. 

Selalunya sekotak dah tunjuk perubahan. Sabun ni wangi dan sesuai untuk semua kulit.

Kalau nak tau, ia juga untuk hilangkan kesan jerawat, ketiak hitam, siku dan buku lali bekerak.

So anda boleh rekemen pada kawan kawan anda yang punyai masalah camni. 🤗

PETUA HILANGKAN DAKI DI BADAN

No automatic alt text available.


PETUA UNTUK MENGHILANGKAN DAKI DI BADAN. 

PETUA 1:-

Bahan-bahan : daun sirih, beras

Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

PETUA 2:-

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Petua 3 . Sental dengan Marine Essence. Senang. Cepat. Wangi!

COZUMA CC CREAM

Image may contain: text


COZUMA CC CREAM

CC atau ‘Colour Correcting’ membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim CC ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

MANFAAT-MANFAAT LAIN
Perlindungan UV yang optimum
Antioksidan dan anti-penuaan
Memperbaiki dan membina gentian elastin
Mengurangkan kedutan dan garis halus
Mengetatkan liang roma

..... best senang dicuci masa nak menunaikan solat.

Berminat boleh pm/wassap

mishachantek
0123574182
CLAvengers