Suryati Ismail:
BERAT BADAN TIDAK BERGANJAK
Walaupun dah jaga permakanan, senaman 3 kali seminggu, tetapi berat badan tak juga turun. Mendatar saja berat badan, kadang-kadang rasa kecewa juga. Putus asa pun kadang-kadang terasa.
Apa penyebabnya :
1. Cara permakanan yang sama saja. Makan makanan yang sama dan waktu makan yang sama.
2. Pengambilan jumlah kalori yang sama setiap hari.
3. Lakukan senaman yang sama. Contoh hanya zumba sahaja atau gym saja.
4. Jumlah hari latihan tak pernah bertambah, sama saja.
Cara untuk mengatasinya berat badan mendatar ataupun dikenali sebagai plateau.
1. Menu makan kalau boleh bertukar setiap 3 hari atau seminggu sekali.
2. Jumlah kalori perlu juga bertukar setiap minggu atau 3 hari sekali. Contoh biasa ambil 1,300 kalori sehari. Apa kata kita ambil lebih sikit kalori, mungkin ambil 1,700 kalori, tetapi hanya 2-3 hari terlebih kalori, selepas itu balik asal.
Kadang kadang kita kena tipu sikit badan, dalam masa 3 hari kita langgar jumlah kalori, makan lebih sikit. Selepas itu kita kembali semula kepada menu makan yang sihat. Lihat apa yang terjadi selepas 3 atau 5 hari kita timbang, pastinya berat badan mula berganjak turun.
3. Senaman tak boleh, senaman yang sama, sebab badan dah mula selesa dan paham akan pergerakan kita. Jadi apa perlu buat, lakukan senaman yang berbeza-beza setiap hari. Contoh hari Ahad - zumba, Isnin - rehat, Selasa - zumba step, Rabu - Bellydance, Khamis - rehat, jumaat - gym, sabtu - rehat.
Apabila pelbagai workout, pelbagai jenis otot-otot badan dipergunakan. Dengan itu badan mudah untuk turun berat badan.
4. Jika sebelum ni, masa senaman dalam seminggu hanya 2 kali seminggu, apa kata tambah jadi 4 kali seminggu. Lagi banyak hari senaman boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat.
5. Lebihkan minum air kosong daripada air manis. Pengambilan jumlah air yang banyak mengikut berat badan masing-masing, sangat membantu menurunkan berat badan. Contoh berat badan 80kg, dibahagi dengan 25 (80/25 = 3.2 litre air minuman)
6. Waktu senaman, air perlu diminum secara berdikit-dikit, supaya peluh yang keluar diganti cepat dengan air kosong. Setiap kali berpeluh ianya mengeluarkan toksik dan gegaram dalam badan. Jika tak minum masa senaman, kita cepat terasa letih dan air dalam badan cepat kering ketika bersenam.
Minum air jumlah betul, membantu membuang air kecil secara konsisten, setiap kali membuang, ianya membuang bersama toksik dalam badan. Iannya membantu memudahkan badan membuang bahan kumuhan dalam badan.
7. Ini penting, tapi ramai yang tertinggal bahagian ni... iaitu, dalam minda kita, bagitau kat otak, bahawa saya boleh turun berat badan dengan cepat dan selamat. Percayakan diri kita, yang kita mampu turun berat badan. Selalu bagitau kat otak, aku boleh jadi sihat, aku boleh, aku boleh... percaya lah kata-kata ini sangat POWER untuk bantu turun badan. Set dalam minda setiap hari, sebelum tidur dan setiap bangun pagi.
Semoga perkongsian ini, menjadi sedikit pedoman pada kita semua yang ingin turun berat badan dan ingin sihat.
Selamat mencuba, semoga kita semua berjaya mencapai matlamat.