Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat
aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada
susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Dia
melangkah rapi, umpama langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada
setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada
wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun
ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.

Pakaiannya
canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil
digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan
tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan
berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat.
Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia
berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah
melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat
sungguh wanita ini.
Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia
tidak tahu yang sebenarnya dia cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tidak
tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang
arjuna, itu dia tidak sedari dan tidak tahu.
Sebab
apa dia tidak sedar dan tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan
dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada
umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada
pandangan mata bukan pada orang yang selayaknya. Kalau dia tahu akan
kecantikannya, sudah tentu dia tidak perlu menghebahkan kepada orang lain,
orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup
baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk
menjatuhkan hukum kecantikan padanya.
Hari
ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap
inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan
tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki
melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.
Wanita,
usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada
lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan
murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk
melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak
keatas kamu.
Ingat
wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak dipandang
lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau
menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...
Kredit harus diberikan kepada iLuvislam.com atas perkongsian yang menarik. Mohon share.
No comments:
Post a Comment