Saturday, 10 March 2018

Nasihat Untuk Peniaga Baru

Image may contain: 1 person, indoor


Bila anda start cebur dalam bisnes, anda kena tau beberapa perkara ;

1. Tak semua orang akan suka anda dan akan beli produk anda. 

Ini fakta paling penting yg perlu anda tau. Dulu saya ingat orang akan beli bila jual produk. Tapi tak semua. Pernah satu tahap promote sekotak kopi dari meja ke meja guru tapi takde orang beli. Malah, punya nak org beli produk saya datang ke rumah lepas habis kerja, dengan tak mandi. Dengan muka berminyak. Dengan penatnya memang hampeh. Tak laku langsung . So bila coach saya pesan, kalau customer tak beli produk tu ada 2 sebab ;

Sebab pertama. Itu bukan customer tepat untuk beli produk anda. Lagi naya. Sebab nak suruh dia beli tapi berhutang dengan anda. Baik tak payah jual.

Cara promote tak betul.

Anda juga tak boleh nak jaga hati semua orang. Nak orang semua suka dengan apa yang anda buat. Cannot be. MUSTAHIL.

Kita promote kerap , salah. Kata kita asyik nak menjual barang je.
Pernah sekali kawan sampai msg. "Boleh tak jangan promote kat aku. Rimas beb ayat ayat iklan ko. Aku memang tak nak beli. " down jugaklah. Tapi bila pikir balik rakyat Malaysia ada 33 juta. Buat apa nak sedih kalau sorang reject.

So saya terima jelah "nasihat" seorang kawan itu. Huhu.

Bila kurang promote, netizen cakap lain pulak.
"Ni mesti bisnes da lingkup kan. Tak nampak pun ko promote lagi bisnes kau."

So nampak tak? Promote salah. Tak promote salah.
Tapi konsep bisnes promosi atau memberitahu tentang bisnes dan Produk anda itu adalah WAJIB. Kena konsisten. Sekurang - kurangnya ayat iklan berkesan 38x baru Customer perasan msg anda, baru start nak tanya dan nak beli brg anda.

Jangan cepat putus asa..‼️

2. Harini berniaga esok terus KAYA.
Hehe. Ni memang lawak. Tu saya dulu lah. Kuat betul berangan. Ingat bisnes ni mudah. Join bisnes terus kata. Padahal ia memerlukan proses.

Mesti nak hadapi proses orang reject Product

Mesti nak hadapi proses org kutuk sebab asyik PROMOTE

Mesti nak hadapi proses sabar dengan kerenah pelbagai Customer.

3. Hati kena kering. Jiwa kena kental.
Dasyat kan ayat ni. Macam kamikaze pulak. Tapi memang betul. Kalau peniaga asyik lembik, tak tahan dengan rejection susah nak berjaya. Bukan susah, konfem tak berjaya.

Biasalah mulut mulut makcik bawang. Persetankan jela mulut depa. Apa yang amda boleh buat just FOCUS. Aim your direction. Jangan cepat melatah dengan mulut makcik bawang.

Sabar dan terus kan usaha.

Semoga bermanfaat kepada anda.

#Mishachantek
#CLAgroup
#CLAvengers | #RM50je
#MabelesMac

No comments:

Post a Comment