DUGAAN ALLAH TANDA SAYANG
Artikel ini saya ambil dari beberapa tulisan orang yang ahli dalam bidangnya seperti Ustaz Zul Ramli yang sering di jemput ke TV AlHijrah dan Tanyalah Ustaz.
Tulisan ini bukanlah hakmilik saya tetapi saya cantum dan kumpul tujuannya supaya saya dapat muhasabah diri dan saya dapat membaca dan mendalaminya bila saya berpeluang. Saya harap mereka yang membacanya juga dapat manfaat darinya. Saya mohon share dan semoga Allah merahmati penulisnya.
Semua orang ada ujian masing-masing
Manusia
tidak boleh lari daripada ujian. Setiap orang inginkan kebahagiaan, namun tidak
semua dapat mengecapinya. Tidak ada seorang manusia yang inginkan ujian, tetapi
setiap orang akan mendapat ujian.
Setiap
manusia akan menghadapi mati, sama ada bersedia atau tidak, kita akan dipanggil
menghadap Ilahi apabila tiba waktunya. Apa yang didambakan setiap manusia ialah
apabila tiba ajalnya nanti, Allah SWT memanggilnya dengan panggilan 'wahai jiwa
yang tenang'.
Manusia
terlalu inginkan ketenangan sehinggakan sanggup memburu kekayaan dan
kemasyhuran yang disangkakan boleh memberi ketenangan. Ketenangan tidak boleh
dianggap sebagai aksesori persekitaran, justeru, kekayaan bukanlah kayu
pengukur kepada ketenangan. Malah,
seseorang itu mungkin tidak memiliki kekayaan, tetapi beliau memiliki
ketenangan yang luar biasa.
Kunci
ketenangan
Ustaz Zul Ramli
memetik kata-kata Imam Ghazali, manusia akan mati mengikut cara bagaimana dia
hidup. Oleh itu katanya, jika kita mahukan saat mati itu mendapat ketenangan,
maka kehidupan kita di dunia juga perlu mendapat ketenangan.
Setiap
manusia perlu memasang niat dan berazam memulakan kehidupan yang baru dan
bangkit menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan dan anak kunci ketenangan
ialah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kembalilah kepada Tuhanmu dalam
keadaan engkau reda kepada Allah dan Allah reda kepadamu." (Surah al-Fajr,
ayat 28).
Menjawab
persoalan mengenai seorang ibu yang pernah mengatakan bahawa kelahiran
anak boleh menyebabkannya jatuh bankrap dan berputus asa dengan kehidupannya,
Ustaz Zul Ramli berkata, manusia dikurniakan keupayaan untuk memilih menerima atau
menolak kesusahan yang datang.
Menerima
bermaksud kita reda dengan apa yang telah berlaku kepada diri dan menolak
bermaksud tidak reda serta menyalahkan takdir yang ditentukan kepada kita.
Perkara pertama yang perlu diterima oleh setiap orang Islam ialah kita adalah
hamba Allah SWT, kepada-Nya kita menyembah dan memohon pertolongan.

Reda dengan tanggungjawab sebagai hamba kepada Pencipta dan
memuliakan Nabi SAW serta tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa.
Sesungguhnya reda Allah SWT itu terletak kepada reda kedua-dua ibu bapa.
Selain itu,
sebagai manusia kita juga bertanggungjawab untuk menyumbang terhadap agama dan
masyarakat. Hamka pernah mengatakan, 'Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan
pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja'.
Apabila kita
mula menyoal diri mengenai tanggungjawab kita, Allah SWT akan mencampakkan
ketenangan dalam diri kita.
Kupasan
mengenai reda, meredai
Dr Nik
Roskiman mengupas lanjut mengenai dua komponen penting iaitu reda dan meredai
dengan memetik kata-kata Hasan Al Basri, 'Sekiranya kita ingin mengetahui
kedudukan kita di sisi Allah SWT, maka lihatlah kedudukan Allah SWT di sisi
kita'.
Katanya,
bagaimana kita meletakkan Allah SWT dalam kehidupan seharian, sama ada kita
mengutamakan Allah SWT dalam setiap perkara yang dilakukan ataupun tidak.
Itulah petanda kita dekat atau jauh daripada reda Allah SWT.
Dalam konteks
yang sama, Dr Nik Roskiman mengatakan reda itu bagaimana kita menerima qada dan
qadar yang ditentukan Allah SWT kepada hambanya. Nabi SAW sentiasa memanjatkan
syukur kepada Allah SWT sama ada dikurniakan kebaikan, kebahagiaan atau ditimpa
musibah dan ujian.
Kita perlu
yakin apa sahaja yang Allah SWT timpakan sama ada baik atau buruk adalah untuk
kebaikan kita.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat
buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah
Al-Baqarah, ayat 216)
Saat ujian
datang, mungkin susah bagi kita untuk menghadapinya, menjadi seorang yang reda
iaitu tenang menerima ujian. Apabila ujian datang kepada seseorang yang tidak
mempunyai latihan, sudah pasti ia akan memusnahkan dirinya.

Ustaz Zul Ramli
mengajak semua bersama melatih diri menghadapi ujian. Beliau
mengambil contoh pemain bola yang akan bertanding hanya selama 90 minit yang tidak
pernah berhenti membuat latihan.
Ustaz Zul Ramli
juga merujuk reda sebagai buah dan manusia sudah pasti tidak dapat membaiki buah,
tetapi manusia boleh membaiki akarnya. Untuk mendapatkan buah yang manis kita
tidak boleh menyuntik gula padanya, tetapi perlu membajai akarnya.
Reda dalam
Islam adalah akhlak dan kita perlu kembali kepada perkara utama iaitu mengenal
Allah SWT dan persoalan akhirat.
Manusia boleh menerima ujian apabila kenal dengan Allah SWT dan membawa akhirat ke dalam diri.
Itulah yang dikatakan sebagai latihan untuk menghadapi ujian.
Manusia boleh menerima ujian apabila kenal dengan Allah SWT dan membawa akhirat ke dalam diri.
Itulah yang dikatakan sebagai latihan untuk menghadapi ujian.
Ustaz saya Ustaz Mokhtaruddin ada berkata 'Jika kita cukupkan 5 waktu, Allah akan cukupkan keperluan kita. Jangan kita
terlalu kecewa apabila kita selalu berdoa, tetapi doa kita tidak
dimakbulkan. Tanya pada diri, pernahkah kita melambat-lambatkan solat
sedangkan kita mahu Allah mempercepatkan doa kita.......'.

No comments:
Post a Comment