Saturday, 24 February 2018

10 CARA BAGAIMANA BISNES KITA BERI MANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN

10 CARA BAGAIMANA BISNES KITA BERI MANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN

  1. Kita cari rezeki halal sendiri. Kita tak merungut. Kita tak meroyan. Kita berusaha sendiri.
  2. Kita sediakan peluang pekerjaan kepada orang lain dan keluarga mereka (boleh sara keluarga, hantar anak pergi sekolah, pergi haji dan umrah, sedekah)
  3. Kita sediakan peluang bisnes kepada orang lain (mereka bekalkan barang atau perkhidmatan kepada bisnes kita). Mak cik jual goreng pisang beri peluang bisnes kepada penanam pisang, penjual pisang dan pekedai yang jual minyak dan tepung.
  4. Kita bayar cukai syarikat dan cukai peribadi (cukai ini digunakan untuk masyarakat umum). Cukai inilah yang digunakan untuk buat jalan raya, sekolah dan hospital. Ramai dapat manfaat.
  5. Kita bayar zakat, sedekah dan infaq (manfaat kepada masyarakat di sekeliling kita). Sumbangan ini digunakan untuk bina masjid, mengajar agama, bantu fakir miskin.
  6. Kita penuhi keperluan pengguna (kita ringankan bebanan mereka). Rasulullah saw sarankan kita ringan bebanan manusia dan buang duri di jalanan.
  7. Kita bantu majukan ekonomi setempat (wang kita berlegar di tempat kita).
  8. Kita jadi contoh teladan (role model) kepada orang lain. Rasulullah saw ialah contoh teladan yang baik. Kita ikut Rasulullah saw untuk jadi role model dalam bidang yang kita terbaik.
  9. Kita kongsi ilmu bisnes dengan orang lain (bisnes berkembang dalam masyarakat, lebih ramai dapat manfaat). Ilmu ini dikembangkan lagi dan membiak.
  10. Kita kukuhkan ekonomi ummah (kita boleh berdiri sendiri). Ekosistem ini penting untuk lebih banyak bisnes tumbuh dan berkembang.

No comments:

Post a Comment