Friday, 23 December 2016

#Tips Bisnes

No automatic alt text available.
Bisnes Dengan Mindset Pekerja
Setakat apa yang saya belajar dan perhati, ramai orang yang baru nak buat bisnes rasa susah sebab mindsetnya belum berubah.
Buat bisnes dengan mindset seorang pekerja, memang susah.
Buat kerja minimum tapi nak hasilnya maksimum.
Kurang inisiatif, tunggu kena cucuk baru nak jalan. Dah ada bisnes sendiri, tapi masih menunggu arahan untuk bergerak.
Kurang ambil berat tentang orang sekeliling (pelanggan, rakan niaga, business partner) . Paling bahaya dah ada biz partner tapi masih tak bersyukur sebab dalam kerja makan gaji, kita cuma ‘ambil berat’ tentang bos sahaja sebab bos yang tentukan pendapatan kita.
Tak sanggup melabur untuk ilmu. Tunggu dapat hasil bisnes dulu baru nak pergi seminar bisnes? Sebab masa kerja, kita dah terbiasa pergi kursus hanya bila jabatan hantar dan sponsor.
Tak sanggup berkerja keras, lebih selesa tergolek depan TV di hujung minggu. Terasa berat nak korbankan waktu rehat dan hari cuti untuk bisnes sebab kita rasa ‘berhak’ untuk berehat.
Perubahan Dalaman Perlu Masa 6 Bulan ya!
Kenapa jadi macam tu? Sebab mindset pekerja memang dah jadi darah daging kita. Memang perlukan masa untuk berubah.
Kata Robert T.Kiyosaki, kalau nak ubah mindset, kita perlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Bukan 6 hari, tapi 6 bulan.
Maksudnya, kalau nak memulakan apa-apa bisnes, kita mesti duduk dalam persekitaran bisnes dan bergaul dengan orang bisnes sekurang-kuranganya 6 bulan.
Hadir seminar, hadir workshop dan forum-forum bisnes, barulah mindset akan mula berubah.
Daripada buang masa dengan banyak tidur, tergolek depan TV, merayau-rayau di shopping complex, bukan ker lebih baik kita habiskan masa dengan baca buku-buku, hadir seminar, dan bergaul dengan orang bisnes!
Awas! Nasihat saya, jangan sesekali bergaul dengan orang bisnes dan berjaya. Nanti anda juga akan terpengaruh untuk berjaya 
Sebabnya, kita adalah produk kepada persekitaran kita. Buku apa yang kita baca, dengan siapa kita bergaul, ia bakal menentukan siapa diri kita 
JOM MULAKAN BISNES DENGAN MINDSET PEMILIK BISNES

No comments:

Post a Comment