
Orang perempuan kalau dengar pasal emas mesti juling mata kan... hehehehe... jgn tipu..... saya pun sama. Beli emas bukan setakat nak pakai tapi sebagai aset juga. Harga emas setiap tahun naik, jadi mmg tak rugi langsunglah kalau buat aset. Emas mahal pun org beli apalagi kalau murah.
Saya orang Kuala Pilah N Sembilan so mana lagi nak beli emas, kat Pilah lah kan. Satu entero skrg dah tahu emas murah ada dkt Pilah. Emas mmg murah tapi kualiti tetap sama dgn yang lain.
Saya pernahlah interview tokey emas tu camana dia boleh jual emas murah. Dia jawab mcm ni 'kita duk kedai sendiri tak ada sewa dan kita pun tak masuk ahli persatuan emas malaysia. Sebab tu boleh jual ikut suka, nak untung lebih juallah mahal tapi mereka pilih jual murah dan dapat jual banyak'. Tu lah ceritanya.
Ada la 3, 4 kedai kat bandar Pilah ni, pilih je yang mana idaman hati sbb harga tak jauh beza. Kadang2 masuk kedai emas ni mcm masuk kedai borong, punyalah ramai org, siap tunggu turn lagi.
So... apa tunggu lagi. Jom ramai ramai serbu Kuala Pilah.
No comments:
Post a Comment