
Osem tak bila baca tajuk tu. Saya rasa motivate sangat. Saya dapat ayat tu semasa saya hadiri kelas Money Magnet oleh CDM Emma Raja Beautiful, millionaire premium beautiful. Thank you Kak Emma.
Rezeki takkan salah alamat. Maksudnya kalau Allah dah tulis rezeki tu ke alamat kita mmg rezeki itu kita yang punya.

Sejak kecil mesti kita dah baca banyak amalan yang boleh membawa rezeki. Saya bertuah nenek saya masih ada. Walaupun dah berumur 85 tahun tapi nenek saya yang saya panggil Wan masih kuat ingatannya. Dari beliaulah saya belajar banyak amalan yang saya amalkan sehingga kini. Wan kata seboleh mungkin jangan tinggalkan amalan berikut:-
- Baca Quran setiap hari
- Solat Dhuha
- Baca Surah Waqiah
- Solat Tahajud
- Sedekah selalu
- Berbuat baik pada ibu bapa
- Hafal ayat Haiqal
Kehebatan Ayatul Kursi
Satu lagi amalan yang saya dah cuba dan rasai kebesarannya adalah apabila kita berzikir menggunakan Ayatul Kursi.

Sebenarnya apa pun amalan yang kita buat, yang paling penting adalah beristiqomah. Allah tidak melihat hasil tetapi usaha kita dalam mencapai hasil itu. Semoga kita dapat beristiqomah dalam setiap amalan kita dan semoga Allah merahmatinya.
No comments:
Post a Comment