ALASAN UNTUK KE SYURGA

- Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan
seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan
tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.
- Syurga menantikan orang-orang hebat untuk
memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak
melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan
kebahagiaan ini.
- Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah
menempah nama di dalamnya adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan
orang-orang yang telah membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.

- Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat.
Mereka hebat dalam melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam
menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah
di dalam seluruh kehidupan mereka.
- Bayaran syurga adalah kehebatan anda. Anda hebat
sebagai seorang hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk anda melayakkan
diri ke sana. Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, anda telah gagal
untuk menempah syurga.
- Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang
terburuk bagi setiap keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa
ke neraka.
- Maka pilihan yang anda ada hanyalah pilihan untuk
menjadi hebat. Tanpa pilihan ini anda sebenarnya telah memilih untuk tidak
ke syurga.
- Kerana itu binalah kehebatan anda. Orang Islam
mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.
-

- Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi
Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina
Khadijah, Sayyidatina Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan
Muhammad Al-Fateh dan lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama
ini semuanya adalah nama-nama yang hebat.
- Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan
untuk anda bersama mereka.
- "semakin kita nak jadi baik, semakin kuat
ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua
ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
Kredit harus diberikan kepada iLuvislam.com atas perkongsian yang menarik. Mohon share.
No comments:
Post a Comment